Post Top Ad

Buat Sendiri Teh Jintan Manis Resepi Herba Sihat Langsing Awet Muda Semulajadi Melegakan Masalah Angin Asid Keracunan


dulu i panggil resepi ni teh jintan manis-masam-manis. bahan-bahannya senang dicari & murah, iaitu jintan manis, cuka epal, madu & air. kos seterusnya menuntut sedikit kerajinan, keyakinan & istiqomah. menjaga kecantikan & penampilan adalah kewajipan kita kerana tubuh kita sendiri hanya pinjaman semata.. mana boleh jaga cincai-cincai saja tubuh yg dipinjamkan ini..?.. setuju la ye.. muah..
kandungan jintan manis:- vitamin C-B-A, garam galian (phosphorus, iron, magnesium, copper, potassium & calcium), galian sureh (molybdenum, manganese & foliate), asid amino, tinggi-serat & rendah-kalori.

Khasiat & Kelebihan Teh Jintan Manis

Cuci Usus
jintan manis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil & usus besar secara sederhana. herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan & mencuci dinding usus dari toksin, kotoran & mendapan degil. yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja & tidak terasa senak perut! sistem metabolisma menjadi lebih teratur & semestinya ia membantu melangsingkan badan!

Mengatasi Masalah Kembung Perut Akibat Terlebih Angin, Gas & Asid 
jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut & usus dengan cara mengeluarkan gas, angin & asid yg berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper & kemas!

Kawal Tahap Kolesterol-
jintan manis kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. kadar seratnya yg tinggi dapat mencegah berlakunya buasir & kanser usus.

Rawat Bengkak Sendi, Sakit Badan & Lenguh-Lenguh Otot :-
jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu utk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang & otot! ‘anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (re-occurrence) penyakit kanser. kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.

Diuretik-
jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit & senak perut!

Menambah Kuantiti & Kualiti Susu Ibu
jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) & memberi kesan yg sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido (dingin seks) & ketegangan saraf. dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf & membuatkan anda lebih mudah tidur malam.

Mengatasi Gejala Pra-Haid, Pra-Menopos & Rendah Libido
jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan & kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos & menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (berkesan!)

Pelbagai Manfaat Lain
jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk & membuang kahak.

Cara Penyediaan Teh Jintan Manis
  • masukkan 2 gelas air ke dalam periuk. masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi. rebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar. 
  • setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / suka delima. 
  • kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch & dinner). 
jika u all rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan) that's my own experience back then..
cubalah secawan teh jintan manis hari ini. jika diamalkan berterusan, u akan merasa fadhilat & kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru & limpa.

Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram