Post Top Ad

10:50 PM

tolong! macamana nak putihkan kulit badan dan kawasan celah ketiak peha pelipat bawah lutut?

by , in
Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

haah! memang ramai yg tanya soalan cepumas ni.. "macamana nak putihkan celah ketiak, peha & pelipat bawah lutut?" hmmmm.. maknanya ramai jugak la kaum kita yg bermasalah macam ni ye.. biasa la, tempat-tempat tu kan tersembunyi, mudah berpeluh, melekat daki, ditambah lagi dgn sel-sel kulit yg mati tak dibuang dengan segera, akan menompok semakin lama semakin menebal, maka kulit akan menjadi semakin gelap.

Ada org cakap.. "saya skrub hari-hari la kak! tapi tak nak hilang kesan hitam tu.. nak buat macam mana lagi? tak kan nak pakai berus sabut kot.. susah nak hilang la.."

loofa.. bentuk leper

Betul.. I setuju! memang susah nak cerahkan balik kawasan yg dah gelap tu kan? tapi jangan putus asa ye.. nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.. I bagi u all simple tips - cara termurah! u all boleh cuba sendiri tanpa susah-payah.. cuma jangan mengharap perubahan drastik, u mesti kekalkan usaha sehingga berjaya, mungkin dalam masa 3 bulan baru nampak kesan.. sabar itu separuh dari iman.. insyallah..

loofa.. bentuk macam tiub - kesukaan ku!

Tengok dalam gambar tu.. mesti ramai yg dah tau, kenal, biasa nampak & biasa guna benda alah tu.. yg kaler putih tu.. nama dia loofa.. I selalu beli kat Giant, kadang-kadang Tesco.. kat Guardian & Watson pun ada.. tapi kalau nak murah kat Tesco la, RM2.90 je seketul tu.. boleh tahan 1 bulan, kena selalu tukar baru ye, jangan dok pakai sampai penyek plak! adeh!

Cara guna senang je, elok guna sabun buku - apa-apa sabun pun boleh tapi yg paling baik ialah yg ada scrubbies (body scrub soap). Masa mandi, u all bersabun macam biasa la, kemudian gosokkan sabun ke loofa, lepas tu skrub loofa ke seluruh badan.. kemudian gosokkan ke semua celah-celah yg berkenaan selama mana yg u sanggup (lenguh juga tau!..) lepas tu bilas bersih..

Syaratnya, pakai loofa ni setiap kali mandi.. lagi 1, tak payah dok tengok & cek kat celah-celah tu bila nak putih, bila nak cerah, biarkan je, buat tak tau je.. lama-lama u all akan perasan kat kawasan tersembunyi tu makin lama jadi makin cerah.. bagi masa 3 bulan ye.. bukannya susah pun, jadikan rutin harian.. berbaloi..

Selamat mencuba.. wassalam..

Thank you for reading.. like !
8:58 PM

buat sendiri pencuci muka lulur organik nanas santan elok untuk buang sel kulit mati tidak sesuai utk kulit sensitif

by , in
Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Moh le.. seminggu sekali kita buang sel-sel kulit mati yg menimbun kat muka kita ni. Sel-sel kulit mati mesti dibuang, tak boleh dibiar melekap lama-lama nanti kulit jadi makin menggelap & nampak kusam. Kalau nak alami servis facial & terapi urut sambil bersantai selesa, maka boleh la menuju ke salon atau pusat spa yg berdekatan.

Tapi hari ni I nak bagi resepi pencuci muka organik ini supaya u all boleh jadi pakar kecantikan terhadap diri sendiri. Ni dia resepi Pineapple-Coconut Milk Facial Cleanser! It's packed with natural organic exfoliating ingredients. I suka pakai resepi ni sejak zaman anak dara dulu sampai sekarang.. cuma la ni I buat sekali-sekala je (bila rasa kulit mati dah menimbun sangat baru I buat!). I really love the result, it gets rid of the dead skin cells, hence showing up a much fairer skin that is soft, smooth & renewed.

 

Resepi ni mengandungi asid buah semulajadi yg agak tinggi. So, use it moderately or your skin may get irritated! I guess 2-3 times a week would be good. Tak sesuai utk kulit jenis super sensitif & berjerawat. Untuk kulit yg matang, ada kedutan atau sangat kering, elok ditambah sedikit madu. 

Bahan-bahan? :-
  • 2 sudu besar serbuk santan
  • 1 sudu besar nanas, siap diparut
  • 1 sudu kecil tepung susu skim
  • 2 sudu besar air (agak2 la.. jangan cair sangat.. pekat sangat pun jangan..)
  • 1/4 sudu kecil minyak zaitun (best is extra virgin!) - dulu2 tak guna ni.. mane nak carik time tuh?..
Cara buat ? :-
  • Campur je seme bahannya dalam mangkuk - gaul rata2. Kalau tak nak pakai terus, simpan dlm peti dulu la..
Cara guna ? :-
  • Before bed, simply apply the mixture onto your face with cotton pads. Leave on for 20 minutes or so to allow the extract to absorb into the skin. Wash off with water & pat dry.
  • Follow with your favorite toner & moisturizer. Put on your sunblock if you do this in the morning.
Thank you for reading.. like !
11:01 PM

hello! blog yatt lateef bertukar wajah perasan tak?

by , in
Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Dimulakan dengan Bismillah..

Kawan-kawan perasan tak blog I ni dah bertukar rupa?.. dari 3 kolum jadi 4 kolum, dah bertukar kaler & gaya?.. Konon, nak bagi nampak lebih ceria, mesra alam, lebih santai, lebih menggoda, lebih sofistikated, lebih segala-gala.. tapi kan.. lepas digodek sana digodek sini.. alih-alih tak boleh nak post comment!!! apa cer???

Aku kah yg bersalah? hmmmmm.. nape yer? nak godek tang mana plak ni.. mati kutu dah..

Disudahi dengan Alhamdulillah..

Thank you for reading.. like !

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram