Post Top Ad

tolong! macamana nak putihkan kulit badan dan kawasan celah ketiak peha pelipat bawah lutut?

Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

haah! memang ramai yg tanya soalan cepumas ni.. "macamana nak putihkan celah ketiak, peha & pelipat bawah lutut?" hmmmm.. maknanya ramai jugak la kaum kita yg bermasalah macam ni ye.. biasa la, tempat-tempat tu kan tersembunyi, mudah berpeluh, melekat daki, ditambah lagi dgn sel-sel kulit yg mati tak dibuang dengan segera, akan menompok semakin lama semakin menebal, maka kulit akan menjadi semakin gelap.

Ada org cakap.. "saya skrub hari-hari la kak! tapi tak nak hilang kesan hitam tu.. nak buat macam mana lagi? tak kan nak pakai berus sabut kot.. susah nak hilang la.."

loofa.. bentuk leper

Betul.. I setuju! memang susah nak cerahkan balik kawasan yg dah gelap tu kan? tapi jangan putus asa ye.. nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.. I bagi u all simple tips - cara termurah! u all boleh cuba sendiri tanpa susah-payah.. cuma jangan mengharap perubahan drastik, u mesti kekalkan usaha sehingga berjaya, mungkin dalam masa 3 bulan baru nampak kesan.. sabar itu separuh dari iman.. insyallah..

loofa.. bentuk macam tiub - kesukaan ku!

Tengok dalam gambar tu.. mesti ramai yg dah tau, kenal, biasa nampak & biasa guna benda alah tu.. yg kaler putih tu.. nama dia loofa.. I selalu beli kat Giant, kadang-kadang Tesco.. kat Guardian & Watson pun ada.. tapi kalau nak murah kat Tesco la, RM2.90 je seketul tu.. boleh tahan 1 bulan, kena selalu tukar baru ye, jangan dok pakai sampai penyek plak! adeh!

Cara guna senang je, elok guna sabun buku - apa-apa sabun pun boleh tapi yg paling baik ialah yg ada scrubbies (body scrub soap). Masa mandi, u all bersabun macam biasa la, kemudian gosokkan sabun ke loofa, lepas tu skrub loofa ke seluruh badan.. kemudian gosokkan ke semua celah-celah yg berkenaan selama mana yg u sanggup (lenguh juga tau!..) lepas tu bilas bersih..

Syaratnya, pakai loofa ni setiap kali mandi.. lagi 1, tak payah dok tengok & cek kat celah-celah tu bila nak putih, bila nak cerah, biarkan je, buat tak tau je.. lama-lama u all akan perasan kat kawasan tersembunyi tu makin lama jadi makin cerah.. bagi masa 3 bulan ye.. bukannya susah pun, jadikan rutin harian.. berbaloi..

Selamat mencuba.. wassalam..

Thank you for reading.. like !

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram