Post Top Ad

6:49 PM

manfaat khasiat kesihatan kecantikan dari kisaran halus biji habbatus sauda rahsia awet muda cergas minda

by , in
Assalamualaikum.. hello pretty face.. all you need is love, hugs & kisses..

Walaupun u all dah tahu macam mana caranya nak guna biji habbatus sauda ni, tapi i nak cerita juga. u all tau i suka bercerita kan? tau tak pe.. Mula-mula i blend biji habbatus sauda sampai halus, pastu i tuang dalam botol kaca kedap udara. Kalau u all nak follow pastikan botol yg u all guna tu mesti kedap udara ye, kalau tak, serbuk biji habbatus sauda tu akan bertukar sifat jadi keras sekeras nescafe masuk angin.. tau kan?

Ha..! apa yg u all tengok dalam botol kaca tu hanya 30% dari kuantiti asal. 3 bulan lepas, botol kaca tu penuh dengan serbuk biji habbatus sauda (i singkatkan jadi HS ye.. panjang beno, tak larat nak tulis banyak kali..) Sekarang dah tinggal seciput je, maknanya i memang fenatik, pengamal tegar serbuk biji HS (jangan lupa singkatan HS tu.. bukan Hantu Syaiton.. huhu..)

 
serbuk biji habbatus sauda - siap dikisar utk kemudahan masa depan

Apa yg i buat dengan serbuk biji HS tu? jangan heran, kita boleh buat macam-macam dengan serbuk biji HS. Yg paling i suka ialah masukkan dalam minuman panas kegemaran utk dapat manfaat kesihatan & awet muda secara langsung (rahsia awet muda paling senang). Selalunya i masukkan 1/4 sudu kecil ke dalam minuman yg i suka, contoh.. white coffee, milo, horlicks, hot chocolate, ali tea & ali cafe (power root punya!), nescafe gold & cuppucino. Kalu u all nak letak dalam susu panas pun boleh..

 
ini secawan ali cafe 5-in-1 panas, siap dikacau dengan 1/4 sudu kecik serbuk HS, sedikit serbuk kulit kayu manis & sedikit serbuk masala tea

Selain tu u all boleh tabur sedikit serbuk HS ke atas nasi panas.. panas! panas!.. nak masukkan dalam lauk-pauk pun boleh.. lazimnya i masukkan dalam sayur goreng, macam kubis goreng, kacang panjang goreng, kangkung goreng, kailan goreng.. bla.. bla.. dalam tomyam pun i letak tau.. i tak peduli my hubby terbeliak biji mata tengok i tabur serbuk HS dalam tomyam.. bukan takat serbuk HS, serbuk lada hitam pun i tabur dalam tomyam.. sekali lagi i tak peduli.. yg bestnya, bila dia dah rasa, baru dia cakap "sedapnya tomyam ayang ni.. kalah tomyam 'gulai panas' kat jalan reko tu.." kembang hidung.. sebelanga i masak, sebelanga habis.. alhamdulillah..

Kalau u all rasa lenguh-lenguh & sengal-sengal badan, sediakan sepiring minyak urut (i suka campur minyak pudina & minyak kelapa dara), kemudian taburkan sedikit serbuk HS, pastu urutlah bahagian berkenaan macam biasa.. insyallah.. lenguh-lenguh akan hilang..
Lagi 1, serbuk HS juga boleh diadun ke dalam resepi body scrub utk menganjalkan kulit & melancarkan perjalanan darah. Caranya, sediakan 1 mangkuk kecil - masukkan 2 sudu besar brown sugar, 1 sudu besar serbuk kopi (i guna kopi cap kapal api), 1 sudu kecil serbuk HS, 1 sudu kecil serbuk badam (cari kat bakery supplies), 1 sudu kecil minyak zaitun, 1 sudu kecil glycerin (cari kat bakeri supplies). Gaul semua rata-rata, pastu mandi & skrub seluruh badan dengan handmade body scrub ni.. boleh hilangkan daki, kedut-kedut, stretch marks, selulit & kesan parut.. insyallah..

image source: google
 
my yummy handmade body scrub - membersih, menghalus & mencantikkan kulit badan.. hmmm.. rasa cam nak mamam je skrub tu..

Thank you for reading.. Like !
6:05 AM

jangan like atau komen kat entry ni ye.. nak test comment button.. kejap ok kejap problem

by , in
testing comment..

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram