Post Top Ad

Cara Guna Bamboo Salt Garam Buluh Pudarkan Parut Jerawat Haluskan Pori-Pori Melangsing Pipi Membersih Kulit Melancar Aliran Darah


i percaya sebahagian besar dari u all dah tahu serba banyak tentang khasiat garam buluh utk kecantikan & kesihatan semulajadi. betul? garam buluh merupakan sejenis anti-oksida yg berkuasa tinggi, mengandungi 76 elemen mineral & mineral sureh yg sedia membantu membersihkan tubuh badan luaran & dalaman serta berupaya memulihkan sel-sel badan yg telah rosak & membantu nyah-toksik dgn berkesan utk melancarkan regenerasi sel-sel dlm badan.

hye sayang-sayang semua.. beautiful is you..

>>> Buat sendiri kopi kecantikan mineral garam buluh untuk buang toksik kurus tambah tenaga kekal sihat cergas menaikkan seri wajah awet muda <<<

Melalui artikel ini, i nak kongsi cara guna garam buluh sebagai agen kecantikan & kesihatan semulajadi yg berkualiti, dipercayai & telah menjadi amalan turun-temurun oleh wanita Korea yg cun melecun tu ^_^ muchas gracias por todo su apoyo ^_^ me gustas mucho!!!

Cara Guna Garam Buluh Utk Pudarkan Parut Haluskan Pori-Pori, Melangsingkan Pipi, Membersih Kulit, Melancarkan Aliran Darah & Mengecutkan Jerawat

Deep Cleanser
  • senang saje. basahkan muka seperti biasa. jika u bersolek, sila bersihkan solekan dgn cleansing oil / milk /cream. 
  • guna 1/4 sudu kecil garam buluh. letakkan atas tapak tangan. 
  • titis beberapa titik air, buat sedikit cair supaya garam buluh larut & lembut. 
  • kemudian tekapkan ke seluruh muka. 
  • urut perlahan-lahan utk mengaktifkan kesan pembersihan kulit secara mendalam. 
  • cara ini akan mengeluarkan semua kotoran, debu & habuk yg tersumbat dlm pori-pori. 
Scrub & Masker
  • sama seperti Deep Cleanser, cuma pastikan garam buluh itu tidak larut sepenuhnya, masih terasa berbiji-biji utk kesan scrub. 
  • paling sesuai utk kulit kasar, banyak sel kulit mati, sunburned, berparut, jeragat, blackheads / whiteheads. 
  • selepas scrub, biarkan di muka sebagai masker selama 5 minit, kemudian bilas bersih. 
  • jika kulit dipenuhi jerawat, jangan scrub, terus tempek & ratakan sebagai masker, biar 10 minit, kemudian bilas bersih. 

Hydrating Spray
  • sediakan 1 cawan air mawar (rose water) atau air mineral 
  • masukkan 1 sudu besar garam buluh 
  • titis 5-6 titik minyak pati lavender (abaikan jika tiada) 
  • kacau hingga larut, masukkan dlm botol spray. 
  • boleh spray ke muka bila-bila perlu utk menyegarkan kulit. 
  • pastikan u all pejam mata semasa spray, ok? (cer bayangkan air garam masuk dlm mata - makcik Yatt tak nak bertanggungjawab ye..) 
  • di samping menyegar kulit, air garam ini membantu mengecutkan jerawat & menegangkan kulit. 
Food Supplement
pemakanan garam buluh secara konsisten, dapat membantu :- 
  • meningkatkan tahap alkali badan 
  • memperbaiki aliran darah & mencegah serangan ahmar 
  • menurunkan tahap gula dlm darah 
  • mencegah jangkitan kuman, alahan, radang kulit, kulit kering & jerawat 
  • mengeluarkan toksin 
  • membakar lemak & menurunkan berat badan 
  • melanjutkan ketahanan gigi & gusi 
  • menangani masalah sembelit & buasir 
  • dan lain-lain lagi.. sila tanya pakcik google ^_^ 
Thank you for reading.. Be the first to LIKE & SHARE ! Vamos

No comments:

Post a Comment

What Say You?

Post Top Ad

Instagram Majestic Persona

My Instagram